Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri sehingga 9 malam ini

MetMalaysia jangka berlaku kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri sehingga jam 9 malam ini. Foto hiasan/Bernama
MetMalaysia jangka berlaku kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri sehingga jam 9 malam ini. Foto hiasan/Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 12 negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran yang dikeluarkan setakat jam 6.45 petang itu melibatkan seluruh Perlis, daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang serta Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Perak.

“Selain itu, seluruh Kelantan, daerah Besut, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, Terengganu manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin.

“Hulu Selangor, Gombak dan Petaling, Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor; Sri Aman, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong) dan Sibu, Sarawak serta kawasan pedalaman (Nabawan dan Keningau) juga Sandakan (Tongod) di Sabah,“ katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!