Kontinjen Jabatan Canseleri intai kelompok tiga terbaik

Kontinjen Jabatan Canseleri intai kelompok tiga terbaik SASSA 2024 yang menyingkap tirai Rabu hingga Ahad ini.
Kontinjen Jabatan Canseleri intai kelompok tiga terbaik SASSA 2024 yang menyingkap tirai Rabu hingga Ahad ini.
A
A
A

KONTINJEN Jabatan Canseleri menyasarkan kelompok tiga terbaik dalam Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam (SASSA) 2024 yang menyingkap tirai pada Rabu hingga Ahad ini.

Ketua kontinjen, Mohd Yuzi Zali berkata, Jabatan Canseleri yang diperkuatkan 62 atlet akan mengambil bahagian dalam 12 acara sukan daripada 14 dipertandingkan.

“Sejujurnya, Kontinjen Jabatan Canseleri mahu keluar sebagai pemenang dalam kejohanan pada kali ini.

“Namun kami meletakkan sasaran realistik iaitu tiga terbaik kerana menjangkakan saingan sengit jabatan lain yang telah melakukan persiapan rapi. Kali ini kami tidak mengambil bahagian dalam dua acara iaitu e-sukan dan tenis.

“Biarpun begitu kita meletakkan sasaran pingat emas dalam kerangka program Road To Gold iaitu ping pong lelaki dan wanita, petanque, selain bola sepak yang diperkuatkan pemain berpengalaman,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Edisi 2024 akan menyaksikan 21 jabatan berentap dalam kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam dan Alam Lanes, AEON Shah Alam.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!