Guru besar sebak murid dedikasi ‘Langkah Seiringan’ bersama mawar merah

Tangkap layar video yang dimuat naik Zaiton di TikTok pada Jumaat. Foto TikTok @zaitonawi.
Tangkap layar video yang dimuat naik Zaiton di TikTok pada Jumaat. Foto TikTok @zaitonawi.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular video memaparkan seorang murid Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra mendedikasikan lagu berjudul 'Langkah Seiringan' nyanyian Exist buat guru besarnya, Mohd Fazli Abdul Manaf sempena majlis perpisahan.

Berdasarkan video dimuat naik pengguna TikTok, Zaiton Othman, murid Tahun Enam bernama Muhammad Elwalif Helmey yang dilihat memakai anduh itu menyampaikan lagu berkenaan dalam keadaan sebak sambil memegang sekuntum mawar merah untuk dihadiahkan kepada Cikgu Mohd Fazli.

Zaiton berkata, bakat menyanyi Elwalif mula dikesan dan dicungkil oleh guru besar tersebut sehinggakan dia mampu menyanyikan lagu menggunakan lirik yang diubah mengikut kesesuaian.

"Jadi kenangan, bakat yang digilap guru besar sehingga mampu menghasilkan single.

"Semoga tuan guru besar sentiasa berjaya," katanya pada Jumaat.

Muhammad Elwalif bersama Mohd Fazli (kanan) selepas majlis perpisahan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra pada Jumaat lepas.
Muhammad Elwalif bersama Mohd Fazli (kanan) selepas majlis perpisahan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra pada Jumaat lepas.

Hantaran terbabit menjadi perbualan hangat warganet apabila video berdurasi dua minit 12 saat itu memperoleh tontonan sebanyak 4.2 juta, 260,000 tanda suka, 14,100 komen dan 14,800 perkongsian.

Artikel Berkaitan:

Majoriti warganet turut sebak melihat keakraban antara guru besar dan anak murid tersebut, malah momen langka tersebut mampu memberikan kenangan manis buat masing-masing sampai bila-bila.

Difahamkan, Cikgu Mohd Fazli akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Pemberian, Kuala Krai selepas menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!