Wanita dicekup cuba seludup gula pasir ke Thailand

Seorang wanita dicekup Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu selepas dipercayai cuba menyeludup gula pasir ke negara jiran.
Seorang wanita dicekup Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu selepas dipercayai cuba menyeludup gula pasir ke negara jiran.
A
A
A

TUMPAT - Seorang wanita dicekup Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu selepas dipercayai cuba menyeludup gula pasir ke negara jiran di pangkalan haram Paija di sini pada Rabu.

Wanita berusia 23 tahun itu ditahan pada jam 6 petang semasa anggota PGA melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sejurus ditahan hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta jenis Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan membawa kepada rampasan 140 kilogram (kg) barangan kawalan.

"Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup gula pasir tersebut ke negara jiran.

"Anggaran nilai rampasan kenderaan RM15,000 manakala gula pasir bernilai RM410," katanya pada Khamis.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ujarnya, hasil rampasan diserahkan ke kompeni taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

"Kami (PGA) akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!