SUV remuk dirempuh pemandu 19 tahun di Plaza Tol Gombak

Video tular memaparkan sebuah SUV dirempuh sebuah kereta di Plaza Tol Gombak, di sini, pada Ahad. Gambar kanan: Keadaan SUV yang remuk akibat dirempuh sebuah kereta.
Video tular memaparkan sebuah SUV dirempuh sebuah kereta di Plaza Tol Gombak, di sini, pada Ahad. Gambar kanan: Keadaan SUV yang remuk akibat dirempuh sebuah kereta.
A
A
A

GOMBAK - Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan insiden kemalangan dua kenderaan di Plaza Tol Gombak, di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian itu pada jam 1.40 petang.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Ahad, pengadu seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun memandu sebuah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Chery Omeda 5 dari Genting Highlands menghala ke Johor.

"Apabila kereta yang dipandu lelaki itu sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Mercedes A180 yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun telah melanggar belakang kenderaan itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noor Ariffin berkata, kedua-dua pemandu itu tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd Faizul Suhaimi Ismail di talian 019-6565975 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 24 saat yang memaparkan SUV berkenaan sedang memperlahankan kelajuan untuk melalui Plaza Tol Gombak sebelum tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta Mercedes dari arah belakang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!