Nahas UiTM Dungun: 'Saya tiada lagi anak lelaki'

Ibu mangsa Allahyarham Khairil Anwar, 20, Norma Mohammed Nor, 52, ditenangkan ahli keluarga.
Ibu mangsa Allahyarham Khairil Anwar, 20, Norma Mohammed Nor, 52, ditenangkan ahli keluarga.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Dua anak lelaki saya meninggal dunia akibat kemalangan pada bulan sama dan kini saya tiada lagi anak lelaki dalam keluarga," kata Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada Allahyarham Khairil Anwar, 20.

Khairil Anwar yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu maut dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan di Kampung Sura Hujung, di sini pada Rabu malam.

Kemalangan mengakibatkan tiga penuntut di UiTM Dungun maut.
Kemalangan mengakibatkan tiga penuntut di UiTM Dungun maut.

Selain itu, turut terkorban dalam kemalangan, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, dan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Muhammad Akmal Md Tukirin, 20.

Selain itu, rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, pula mengalami kecederaan parah.

Jamaludin memaklumkan, kali terakhir dia dan isteri, Norma Mohammed Nor, 52, bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober lalu, ketika menghantarnya ke Dungun untuk memulakan semester baharu.

"Saya benar-benar tidak menyangka kejadian ini akan berulang, tujuh tahun lalu, anak sulung saya, Muhammad Khairul Izzudin juga meninggal dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan.

"Kemalangan itu pada 3 Oktober 2017 dan kini anak bongsu pada 9 Oktober, malah masa kejadian itu juga hampir sama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Khairil Anwar dijangka tiba di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan kira-kira jam 4 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!