Belgium ke Itali tanpa De Bruyne, Lukaku

Lukaku dan De Bruyne tidak bersama Belgium menjelang kunjungan ke Itali bagi aksi Liga Negara-Negara. - Foto: Agensi
Lukaku dan De Bruyne tidak bersama Belgium menjelang kunjungan ke Itali bagi aksi Liga Negara-Negara. - Foto: Agensi
A
A
A

PENGENDALI Belgium, Domenico Tedesco yakin generasi baharu berbakat The Red Devils mampu meningkatkan prestasi tanpa kehadiran beberapa pemain terkenal.

“Kami mempunyai beberapa pemain utama yang tidak dapat menyertai perlawanan ini.

“Tetapi kami mempunyai ramai pemain muda yang menjanjikan saingan sengit, penuh bakat dan kami gembira,” kata Tedesco menjelang perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Itali di Stadium Olimpico pada Jumaat.

Belgium akan menentang Itali di Rom tanpa kapten Kevin De Bruyne dan penyerang Romelu Lukaku yang mengalami kecederaan.

De Bruyne akan terlepas perlawanan menentang Itali dan Perancis bulan ini juga telah meminta lebih banyak masa rehat daripada pasukan kebangsaan.

Sementara itu, Lukaku meminta untuk dikecualikan daripada dua perlawanan pada Oktober tetapi menyatakan kesediaan untuk kembali pada November.

Dalam pada itu, Tedesco juga kelahiran Cosenza, Itali itu berkata, skuad kendaliannya tidak datang ke Rom sebagai pelancong sebaliknya telah melakukan persediaan rapi selama berminggu-minggu.

“Saya tidak boleh menyembunyikan cinta dan semangat saya untuk Itali, ia adalah kali pertama saya menentang Itali,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!