Lelaki dikhuatiri hilang ketika mahu petik dokong

Azhar (gambar kecil) dikhuatiri hilang semasa keluar memetik dokong bersama rakannya di Sungai Pas, Kuala Krai sejak Selasa lalu. Gambar hiasan
Azhar (gambar kecil) dikhuatiri hilang semasa keluar memetik dokong bersama rakannya di Sungai Pas, Kuala Krai sejak Selasa lalu. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki dikhuatiri hilang semasa keluar memetik buah dokong bersama rakannya di Sungai Pas di sini, pada Selasa.

Mangsa, Azhar Abdul Rashid, 50, dari Sungai Rek, Laloh dikatakan ke kebun tersebut selepas diajak seorang lagi rakannya menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Perodua Kembara untuk mengambil buah dokong, kira-kira jam 8 pagi.

Penghulu Mukim Sungai Pas, Mohd Din Mat Daud berkata, dia dimaklumkan semasa kejadian Azhar telah diminta oleh rakannya untuk ke kenderaan mengambil barang yang tertinggal.

"Setelah setengah jam berlalu, Azhar masih tidak muncul dan rakannya telah ke tempat kenderaannya di parkir dan mendapati barangan yang ingin diambil sudah tiada.

"Bagaimanapun, mangsa tidak kelihatan. Selepas gagal mencari Azhar, rakannya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Kelibat Azhar dalam keadaan tanpa pakaian dirakam CCTV di sebuah kebun kelapa sawit yang terletak jauh dari lokasi dia didapati hilang.
Kelibat Azhar dalam keadaan tanpa pakaian dirakam CCTV di sebuah kebun kelapa sawit yang terletak jauh dari lokasi dia didapati hilang.

Menurutnya, sekitar jam 6.30 petang ada penduduk memberitahu terlihat kelibat Azhar melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kebun kelapa sawit yang terletak jauh dari lokasi dia didapati hilang.

Ujarnya, menurut maklumat tersebut, Azhar berada dalam keadaan tanpa pakaian melalui kawasan kebun kelapa sawit itu.

Artikel Berkaitan:

"Kalau diikutkan jarak kebun dokong dengan kelapa sawit terlalu jauh. Bagaimanapun kami mendoakan dia selamat dan operasi mencari masih diteruskan oleh semua agensi pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, operasi mencari dan menyelamat Azhar telah dijalankan sejak Rabu dalam jarak dua kilometer di lokasi mangsa dipercayai hilang.

Menurut beliau, pihaknya telah memperluaskan kawasan mencari dan menyelamat melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung, pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!