Enam jentera bomba padam kebakaran kilang

Kebakaran kilang berkenaan.
Kebakaran kilang berkenaan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) melibatkan Iskandar Puteri, Larkin, Skudai, Pekan Nenas, Pontian Baharu dan Sebana Cove terlibat bagi memadamkan kebakaran di Kawasan Perindustrian SILC, di sini pada Khamis.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Mohamad Anuar Mohamad Amdzah, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara berkenaan pada jam 11.33 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut pasukan keluaran operasi (PKO), melibatkan tiga jentera fire rescue tender, dua unit jentera perkhidmatan penyelamatan, perawatan, kecemasan, satu unit jentera foam tender, satu water tanker 20000 liter, satu pacuan empat roda Hilux dan satu jentera compact fire rescue tenders (CFRT), dari kesemua BBP berkenaan dihantar ke lokasi.

"Setibanya PKO ke lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang seperti yang dilaporkan.

"PKO kemudiannya bertindak membuat pemadaman di lokasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!