6,000 kematian nahas jalan raya direkodkan setiap tahun

Sebahagian peserta IM yang menyertai Seminar Tadbir Urus Institut Pemandu Malaysia 2024 di (MiTC) di Ayer Keroh pada Khamis. Gambar kecil: Hasbi
Sebahagian peserta IM yang menyertai Seminar Tadbir Urus Institut Pemandu Malaysia 2024 di (MiTC) di Ayer Keroh pada Khamis. Gambar kecil: Hasbi
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 6,000 kematian direkodkan akibat nahas jalan raya setiap tahun dengan purata setiap 80 minit terdapat satu nyawa dilaporkan terkorban.

Timbalan Menteri Pengangkutan Jalan, Hasbi Habibollah berkata, angka itu menggambarkan situasi membimbangkan dan berdasarkan data tersebut sebanyak 70 peratus kemalangan maut yang berlaku membabitkan penunggang motosikal.

Menurutnya, kerana itu kementeriannya meletakkan harapan tinggi kepada kepada 245 Institut Memandu (IM) di seluruh negara untuk melahirkan pemandu lebih berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan serta mengawal jumlah kematian yang tinggi sepanjang tahun.

Malah katanya, berdasarkan statistik rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga kini, terdapat lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang aktif di seluruh negara.

"Sepanjang tahun lalu terdapat 309,284 LMM Kelas B2 dan 335,827 Kelas D telah dikeluarkan kepada pemohon sekali gus menunjukkan lebih 600,000 calon diberikan latihan di IM setiap tahun.

"Data itu menunjukkan trend peningkatan berbanding tahun sebelum pandemik Covid-19 iaitu pada tahun 2019," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Tadbir Urus Institut Pemandu Malaysia 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) di Ayer Keroh, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, pada masa sama, jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan pada tahun lalu turut merekodkan tertinggi dalam sejarah dengan 799,000 kenderaan.

Tambahnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian dalam tempoh masa singkat termasuk meningkatkan keupayaan melahirkan bilangan pemandu yang mematuhi peraturan.

Jelasnya, beberapa dasar baharu turut dilaksanakan dengan mendigitalkan industri IM sebagai contoh, inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik atau e-Testing seperti diumumkan Menteri Pengangkutan pada Mac lalu.

"Pelaksanaan sistem itu membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan.

"Prestasi calon pula diukur menggunakan alat pengesan dan kamera secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses pengujian pemandu," kata

Dalam pada itu, seminar selama dua hari itu berjaya menghimpunkan wakil 245 IM di seluruh negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!