Rakyat Malaysia ditahan kerja 'rider' haram di Korea Selatan

Warga asing termasuk rakyat Malaysia ditahan bekerja secara haram jadi rider makanan dan barangan di Korea Selatan. - Agensi
Warga asing termasuk rakyat Malaysia ditahan bekerja secara haram jadi rider makanan dan barangan di Korea Selatan. - Agensi
A
A
A

SEOUL - Seramai lapan warga negara Malaysia ditahan kerana bekerja secara haram dalam perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan di Korea Selatan ketika negara itu berdepan kekurangan pekerja dalam sektor tersebut.

Data ini diumumkan Kementerian Kehakiman yang diberi kepada The Korea Times yang menunjukkan seramai 117 warga asing telah ditahan bekerja secara haram dalam sektor perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan setakat Ogos tahun ini.

Katanya, ia mewakili peningkatan 51.3 peratus berbanding tahun lepas.

Tahun lepas, warga Vietnam menyumbang kepada 80.3 peratus daripada 117 kes terbanyak dengan berjumlah 94 orang berbanding warga Uzbekistan meningkat dari lapan tahun lalu kepada 53 kes tahun ini.

Selain itu, pekerja haram dari Malaysia dan Pakistan dikenal pasti buat kali pertama dengan masing-masing seramai lapan dan lima orang.

Kementerian itu mengaitkan corak permintaan pekerja penghantaran manakala warga Korea tidak cenderung bekerja dalam sektor ini kerana gaji rendah dan beban kerja tinggi serta risiko lain yang berkaitan.

Di bawah undang-undang semasa, hanya warga asing yang memegang visa F-2, F-5 atau F-6 dibenarkan bekerja dalam sektor perkhidmatan penghantaran.

Walau bagaimanapun, ramai warga asing, terutamanya pelajar antarabangsa bekerja dalam perkhidmatan penghantaran bagi menambah pendapatan.

Artikel Berkaitan:

Warganegara asing tanpa status kerja yang sesuai boleh dihantar pulang ke negara masing-masing, penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga 30 juta won (RM95,000) di bawah Undang-undang Kawalan Imigresen. - Agensi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!