Kerajaan yang bentuk tanpa restu pengundi akan terima padah

 Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan bahawa sesebuah kerajaan yang dibentuk tanpa restu daripada pengundi akan menerima padah pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah bertentangan dengan pendirian UMNO untuk tidak menubuhkan kerajaan baharu menerusi kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) kerana ia bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Mesyuarat yang dinyatakan oleh Datuk Lokman Adam mengenai dakwaan yang mengatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ingin bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah satu mesyuarat yang membabitkan satu jawatankuasa kecil mengenai kolaboratif peringkat nasional.

"Ia bukanlah Mesyuarat Tertinggi UMNO dan jika ada sesiapapun menyebut tentang perkara ini maka ia bukanlah pendirian parti. Jika kita menerima tawaran atau Dr Mahathir menawarkan kepada kita, ia adalah tidak demokratik," katanya dalam satu temubual bersama akhbar The Star di Petaling Jaya hari ini.

Pada 3 Februari lalu, Lokman yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan satu rakaman video yang mendakwa Ahmad Zahid mahu mengadakan kerjasama dengan Dr Mahathir demi kepentingan Melayu.

Sementara itu, Mohamad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau, tidak wujud istilah kerajaan pintu belakang sebaliknya sesebuah kerajaan boleh dibentuk menerusi saluran yang sah iaitu menerusi pilihan raya.

"Membentuk kerajaan menerusi cara yang salah akan menyebabkan semua pihak tidak dianggap sebagai pemenang sebaliknya semua orang kalah.

"Rakyat yang mengundi kita pada pilihan raya yang lalu tidak akan mempercayai kita lagi dan pengundi yang akan mengundi PH juga akan melakukan yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO dijangka muktamad kerjasama dengan Bersatu esok

UMNO dijangka membuat keputusan untuk memuktamadkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) esok berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran.

Menurut laporan Malaysiakini, difahamkan dua mesyuarat akan berlangsung bagi membincangkan perkara itu.

No Image Caption

"Jika tiada bantahan daripada Majlis Tertinggi (MT), kerjasama itu nampaknya akan menjadi kenyataan.

"Esok sebelah pagi akan berlangsung mesyuarat jawatankuasa politik, manakala sebelah petang MT UMNO dijangka membuat keputusan mengenai perkara itu," kata sumber dalaman UMNO seperti dilaporkan Malaysiakini.

Spekulasi mengenai kerajaan campuran melibatkan Bersatu, UMNO dan Pas bermula sejak 3 Februari lalu berikutan pendedahan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengenai perkara berkenaan.

Lokman tampil membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!