Nahas pelajar UiTM: Tak sempat tunai umrah, ibu bapa sanggup patah balik

Jenazah tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura malam tadi dibawa ke kampung halaman masing-masing selepas selesai disolatkan di Pusat Hidayah UiTM Dungun, hari ini. Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri yang baru sahaja sampai di Jeddah untuk menunaikan umrah bergegas pulang sebaik sahaja menerima khabar duka tentang kematian anaknya.

Penolong Pengarang Berita, Berita Harian (BH), Hafizah Iszahanid dan kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Ku Azmi Saad, merupakan ibu bapa kepada salah seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut iaitu Ku Adib Aizad.

Ketika nahas menimpa, pasangan itu dalam penerbangan ke Makkah untuk mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan ahli keluarga.

Pesawat rombongan umrah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.35 petang semalam dan sampai di Jeddah jam 9.15 malam tadi (waktu tempatan).

Dalam kemalangan jam 7.20 malam, empat pelajar yang menunggang dua motosikal dirempuh SUV jenis Honda CRV dipandu seorang wanita.
Dalam kemalangan jam 7.20 malam, empat pelajar yang menunggang dua motosikal dirempuh SUV jenis Honda CRV dipandu seorang wanita.

Seterusnya, usai mendengar perkhabaran berkenaan, pasangan tersebut pulang semula ke Kuala Lumpur dan berlepas dari Jeddah jam 1.55 pagi waktu tempatan.

Sebelum ini, tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah SUV di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Dalam kemalangan jam 7.20 malam, empat pelajar yang menunggang dua motosikal dirempuh SUV jenis Honda CRV dipandu seorang wanita.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, Khairil Anwar Jamaludin, 20, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridwan, 20, mengalami kecederaan parah.

Dalam pada itu, jenazah ketiga-tiga pelajar terbabit sudah dituntut ahli keluarga pada Khamis.

Proses bedah siasat mangsa selesai dilakukan di Unit Forensik Hospital Dungun, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Jenazah mangsa yang telah dimandikan dan dikafankan di unit forensik itu kemudian dibawa ke Masjid UiTM Dungun untuk disembahyangkan kira-kira jam 10.10 pagi sebelum dibawa pulang ke Ampang, Sungai Buloh dan Muar untuk dikebumikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!