20 warga asing didakwa jadi 'calling centre', tawar pekerjaan tidak wujud
10 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kesemua 20 warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Khamis atas pertuduhan terlibat dengan aktiviti 'calling centre' bagi tawaran kerja yang tidak wujud, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Mereka membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Kesemua mereka dituduh terlibat dalam aktiviti calling centre di sebuah premis kediaman di kawasan Horizon Hills, Iskandar Puteri.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah