Penuntut universiti rugi hampir RM5,000 diperdaya skim cepat kaya

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan kerugian hampir RM5,000 selepas diperdaya dengan skim pelaburan cepat kaya yang diiklankan di aplikasi TikTok.
Seorang penuntut sebuah universiti tempatan kerugian hampir RM5,000 selepas diperdaya dengan skim pelaburan cepat kaya yang diiklankan di aplikasi TikTok.
A
A
A

JEMPOL - Seorang penuntut sebuah universiti tempatan kerugian hampir RM5,000 selepas diperdaya dengan skim pelaburan cepat kaya yang diiklankan di aplikasi TikTok.

Mangsa berusia 24 tahun hanya menyedari ditipu selepas diminta membuat beberapa transaksi bagi mendapatkan pulangan RM7,000.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa telah menyertai skim berkenaan pada 6 Oktober lepas sebelum berhubung dengan seorang ejen pada Rabu.

"Mangsa telah memberi maklumat peribadinya kepada pengurus skim dan diminta membayar modal kali pertama sebanyak RM200 ke dalam sebuah akaun Bank Rakyat.

"Mangsa kemudian diminta berhubung dengan ejen bernama 'Puan Noorsya' untuk mendapatkan surat perjanjian syarikat dan diminta menunggu tiga jam untuk proses pendaftaran, " katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, ejen itu juga menunjukkan profit yang akan diterima mangsa iaitu berjumlah RM7,000, namun perlu membayar duit cukai pembahagian sebanyak RM1,750.

Ujarnya, mangsa yang percaya telah melakukan pembayaran tersebut tetapi masih tidak mendapat apa-apa lagi keuntungan.

"Mangsa diminta menghantar gambar kad pengenalan untuk pengesahan akaun dan dalam tempoh 15 minit mangsa diminta pula membayar RM 2,500 untuk pengesahan proses profit masuk ke dalam akaun banknya.

Artikel Berkaitan:

"Suspek turut berjanji untuk memulangkan semula wang tersebut selepas pengesahan itu lulus, namun memberi pelbagai alasan selain memintanya membayar lain-lain proses," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang mula mengesyaki telah ditipu cuba meminta semula wang yang telah dibayar sebanyak RM4,450.

Namun ujarnya, mangsa diberitahu perlu menjelaskan bayaran RM3,500 bagi tujuan membatalkan pelaburannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!