Geng Dinesh aktif curi dalam kereta tumpas

Azizi menunjukkan siling emas yang dirampas daripada suspek yang aktif mencuri barangan berharga dalam kenderaan mangsa di daerah Manjung.
Azizi menunjukkan siling emas yang dirampas daripada suspek yang aktif mencuri barangan berharga dalam kenderaan mangsa di daerah Manjung.
A
A
A

IPOH - Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes curi dalam kenderaan di daerah Manjung apabila menahan kumpulan suspek dikenali sebagai geng Dinesh, pada 27 September lalu.

Kumpulan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 26 tahun dari Johor itu dipercayai aktif mencuri di daerah berkenaan sejak awal September lalu.

Modus operandi kumpulan ini menyasarkan perumahan penduduk secara rawak dengan mencuri pelbagai barangan berharga dalam kenderaan yang tidak berkunci.

Polis menunjukkan pelbagai barangan termasuk komputer riba yang dirampas daripada Geng Dinesh.
Polis menunjukkan pelbagai barangan termasuk komputer riba yang dirampas daripada Geng Dinesh.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berjaya ditangkap pada 27 September lalu selepas menerima laporan kecurian daripada mangsa di Taman Raja Muda Musa, dekat Sitiawan.

"Mangsa menyedari barangan dalam kereta jenis Proton Persona hilang semasa hendak pergi bekerja pada hari sama.

"Barangan yang hilang adalah beg tangan mengandungi seutas rantai emas, gelang emas, satu tablet dan wang tunai RM500 dengan kerugian keseluruhan RM11,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek melakukan perbuatan itu dalam tempoh kurang tiga minit sekitar jam 1.45 pagi sebelum melarikan diri.

Artikel Berkaitan:

"Dalam tempoh tidak sampai sebulan, suspek disyaki terlibat dalam 15 kes sama dan kesemua pengadu telah dipanggil untuk pengecaman barang rampasan.

"Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dihantar ke timbalan pendakwa raya. Arahan pertuduhan telah diterima mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Sesyen 411, Seksyen 414, Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun sama," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!