Motosikal bergerak tanpa penunggang di Lebuhraya Persekutuan

Tangkap layar rakaman video sebuah motosikal yang bergerak sendiri tanpa penunggang di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya. Gambar kecil: Shahrulnizam
Tangkap layar rakaman video sebuah motosikal yang bergerak sendiri tanpa penunggang di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya. Gambar kecil: Shahrulnizam
A
A
A

PETALING JAYA - Sebuah motosikal bergerak sendiri sejauh beberapa meter di Lebuhraya Persekutuan, di sini, selepas penunggangnya terjatuh dilanggar pengguna motosikal lain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kejadian itu telah tular di aplikasi X dan dikesan pihaknya pada jam 10.07 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kemalangan dua motosikal di lorong motosikal lebuh raya berkenaan menghala Shah Alam.

"Kemalangan itu menyebabkan penunggangnya terjatuh sebelum motosikal jenis Modenas GT128 itu bergerak masuk ke laluan utama.

"Kejadian itu telah terakam oleh kamera papan pemuka atau dashcam sebuah kereta yang melalui laluan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kejadian berpunca selepas kemalangan melibatkan dua motosikal di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan.
Kejadian berpunca selepas kemalangan melibatkan dua motosikal di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah mengesan penunggang motosikal terlibat untuk tampil buat laporan.

Katanya, mangsa ini difahamkan mengalami kecederaan tangan dan belakang badan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, orang awam yang melihat kejadian boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 atau tampil ke balai polis berhampiran.

"Polis mengingatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!