Al-Quran sedia kerangka komprehensif untuk tadbir urus, keharmonian sosial - Fadillah

Fadillah menyampaikan ucapan penutup pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis. Foto Bernama
Fadillah menyampaikan ucapan penutup pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keunggulan ajaran al-Quran perlu kekal sebagai pemberi petunjuk dan panduan kepada pemimpin untuk mencipta rangka kerja yang komprehensif dalam tadbir urus, tingkah laku peribadi, dan keharmonian sosial, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, al-Quran, sebagai panduan ilahi yang diturunkan kepada umat manusia, tidak hanya menawarkan pencerahan rohani, tetapi juga menyediakan prinsip-prinsip abadi yang menjangkaui sempadan waktu dan budaya, yang membimbing ke arah tingkah laku etika, keadilan, kasih sayang, dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang kehidupan.

Fadillah (tengah) bersama para tetamu yang hadir pada Majlis Penutup Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 Tahun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis. Foto Bernama

Para pemimpin yang diberi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan memandu negara ke hadapan katanya, mesti mengambil inspirasi daripada ajaran al-Quran untuk membimbing tindakan dan keputusan mereka.

Beliau berkata bahawa konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membentuk landskap sosioekonomi dan politik negara berasaskan inti pati setiap konsep yang diambil daripada al-Quran dan Sunnah.

"Melalui pengintegrasian ajaran al-Quran ke dalam amalan pengurusan organisasi, para pemimpin dapat memupuk persekitaran yang menggalakkan tingkah laku etika, pengambilan keputusan inklusif, inovasi, dan penglibatan komuniti.”

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!