Bukan sahaja wanita, lelaki juga ada idah

LELAKI juga ada tempoh idah tertentu yang mana dia tidak mengahwini wanita lain atau wujudnya penghalang untuk dirinya bernikah dalam beberapa keadaan. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
LELAKI juga ada tempoh idah tertentu yang mana dia tidak mengahwini wanita lain atau wujudnya penghalang untuk dirinya bernikah dalam beberapa keadaan. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
A
A
A

BAGI pasangan suami isteri yang baru sahaja bercerai, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu tempoh idah.

Idah itu lazimnya diwajibkan ke atas wanita yang diceraikan atau kematian suami.

Tempoh idah wanita sesudah perceraiannya dengan bekas suami adalah tiga kali suci kitaran haid, manakala mereka yang kematian suami pula adalah selama empat bulan 10 hari.

Bagi wanita hamil yang diceraikan semasa suami masih hidup atau sebaliknya, tempoh idahnya adalah sehingga mereka melahirkan anak dikandungnya.

Sebenarnya, bukan sahaja wanita yang perlu menjalaninya, rupanya lelaki pun ada tempoh idah.

JIKA seorang lelaki beristeri empat telah menceraikan salah seorang pasangannya, maka dia tidak boleh berkahwin lain melainkan selepas isteri yang diceraikannya itu habis idah talak raj’ie. -Foto: Canva

Memetik artikel Al-Kafi li al-Fatawi Siri ke-439: Idah bagi lelaki,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, golongan lelaki tidak mempunyai tempoh idah sepertimana wanita dan tidak wajib idah bagi kaum Adam.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pejabat mufti itu menegaskan, dalam hal-hal tertentu, golongan lelaki itu mempunyai tempoh untuk dia tidak mengahwini wanita lain atau wujudnya penghalang untuk dirinya bernikah.

Demikian yang dijelaskan oleh ulama fiqh dalam kitab Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.

Berikut dua keadaan idah bagi lelaki iaitu:

1. Lelaki yang mempunyai empat orang isteri.

Jika telah menceraikan salah seorang isterinya, maka dia tidak boleh berkahwin lain melainkan selepas isteri yang diceraikannya itu habis idah talak raj’ie (cerai yang masih boleh rujuk).

2. Lelaki masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri.

Seorang lelaki tidak boleh mengahwini kakak atau ibu saudara isterinya melainkan selepas habis idah talak raj’ie isterinya.

Bukan itu sahaja, peguam syarie, Nurain Akmal Khairunnisa Amir Hamzah menjelaskan, terdapat lagi satu keadaan yang mana lelaki ada tempoh idah.

SEORANG lelaki tidak boleh mengahwini kakak atau ibu saudara isterinya melainkan selepas habis idah talak raj’ie isterinya. -Foto: Canva
SEORANG lelaki tidak boleh mengahwini kakak atau ibu saudara isterinya melainkan selepas habis idah talak raj’ie isterinya. -Foto: Canva

Situasi yang dimaksudkan, katanya, apabila suami menceraikan isteri dengan talak tiga, tetapi kemudian mahukan isterinya itu semula.

“Dalam situasi ini, dia kena tunggu bekas isterinya berkahwin lain, berlaku hubungan kelamin dan kemudiannya bercerai.

“Kemudian kena tunggu idah wanita itu habis, barulah boleh berkahwin dengan bekas isterinya tersebut,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya yang dikongsikan sebelum ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!