Al-Quran beri panduan rawat sakit mental

Peserta turut membaca al-Quran bersama qari ketika Forum Kesihatan Mental: Dosa, Takdir atau Ujian? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB. Gambar kecil: Abdullah Bukhari
Peserta turut membaca al-Quran bersama qari ketika Forum Kesihatan Mental: Dosa, Takdir atau Ujian? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB. Gambar kecil: Abdullah Bukhari
A
A
A

SHAH ALAM - Kitab suci al-Quran turut memberi panduan berkaitan sakit mental dan cara rawatannya yang dapat mengelakkan manusia daripada tersilap langkah apabila menghadapi ujian dalam kehidupan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Multaqa Asatizah & Du'at Malaysia (Murshid), Abdullah Bukhari Abdul Rahim berkata, melalui al-Quran ALLAH SWT menjelaskan mengenai apa yang diperlukan oleh manusia ketika berhadapan dengan ujian.

"Jadi kalau ditanya ada atau tidak panduan dalam al-Quran berkaitan sakit mental dan cara tanganinya, kita kata ada. Cuma kita kena gali.

"Sebab itu interaksi kita dengan al-Quran ini jangan hanya terbatas pada tajwid dengan dengung sahaja sebaliknya kita perlu tadabur, menghayati dan mendalaminya," katanya selaku panelis pada Forum Kesihatan Mental: Dosa, Takdir atau Ujian? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

Forum berkenaan turut menampilkan dua lagi panelis lain iaitu Konsultan Psikologi Organisasi, Dr Alizi Alias dan Pengerusi Persatuan Cakna Mental Malaysia (MeCare), Areefah Ahmad bersama Qari My #QuranTime, Ahmad Tirmizi Ali dan dikendalikan Timbalan Presiden Murshid, Amin Idris selaku moderator.

Abdullah Bukhari berkata, Surah Maryam Ayat 22 hingga 26 yang dibacakan qari pada forum berkenaan misalnya menunjukkan ALLAH memberikan panduan kepada ibu Nabi Isa AS ketika menghadapi ujian.

Katanya, orang yang berdepan dengan sakit mental juga perlu dibantu dan diberikan sokongan terutama oleh orang terdekat dengannya.

"Sebagai manusia kita akan sakit dan ia pula merangkumi sakit fizikal, sakit mental dan sebagainya. Tapi bila dia sakit ia bukan tanda dia kurang berzikir kepada ALLAH. Itu tanda dia manusia biasa dan perlu ada sistem sokongan dari segi fizikal seperti ubat serta sokongan mereka yang terdekat

Artikel Berkaitan:

"Kalau ada yang kata mereka sakit mental dan rasa nak bunuh diri atau sebut dia rasa macam nak mati, itu tandanya dia memerlukan bantuan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!