Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator

Awang Bemee (tengah) bersama Ahli Dewan Negara yang baharu iaitu Senator Baharuddin (kiri) dan Senator Azahar selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama
Awang Bemee (tengah) bersama Ahli Dewan Negara yang baharu iaitu Senator Baharuddin (kiri) dan Senator Azahar selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Perhubungan Pas Perlis, Baharuddin Ahmad dan Setiausaha Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Azahar Hassan mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara pada Khamis.

Baharuddin dan Azahar yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Perlis mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Lantikan mereka berkuasa kuasa bermula hari ini hingga 9 September 2027.

Awang Bemee mengalu-alukan pelantikan itu dan mengingatkan semua Ahli Dewan Negara agar aktif melaksanakan libat urus dengan pihak awam dan swasta, di dalam atau luar negara bagi memperkukuh peranan dewan itu sebagai badan legislatif tertinggi Malaysia.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, hubungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN, Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), BRICS dan Komanwel perlu menjadi keutamaan, bukan sahaja dalam bidang diplomatik dan perdagangan malah mencakupi libat urus legislatif, rang undang-undang atau peraturan yang berkaitan kepentingan awam.

"Ahli-Ahli Dewan juga dialu-alukan untuk menyumbangkan pandangan, idea dan mengambil bahagian dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola dan Integriti; Jawatankuasa Pilihan Khas Sosial dan Masyarakat serta Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-Undang.

"Semua perkara di bawah jawatankuasa merangkumi kepentingan awam dan menjadi kewajiban kita juga untuk menyemai fahaman 'Keluhuran Perlembagaan' dan 'Kedaulatan Undang-Undang' dalam kalangan rakyat,” kata Awang Bemee. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!