Bunuh pekerja kontrak: Tiga warga Bangladesh direman tujuh hari

Tiga warga Bangladesh dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman.
Tiga warga Bangladesh dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman.
A
A
A

TELUK INTAN - Tiga lelaki warga Bangladesh yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakan senegaranya direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Teluk Intan, pada Khamis.

Perintah reman sehingga Rabu depan dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman terhadap suspek yang berusia 32 hingga 39 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan diiringi anggota polis.

Sinar Harian melaporkan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Taman Lagenda Fasa 3, di sini.

Mangsa yang berusia 27 tahun ditemukan terlentang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di leher dipercayai akibat penggunaan senjata yang tidak dikenal pasti di kawasan semak berhampiran rumah kongsi terbabit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!