Kilang terbakar, tiga pekerja warga asing cedera

Lokasi kilang yang terbakar di Kawasan Perindustrian SILC dekat sini pagi tadi. Gambar kecil: M Kumarasan
Lokasi kilang yang terbakar di Kawasan Perindustrian SILC dekat sini pagi tadi. Gambar kecil: M Kumarasan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Tiga warga asing dipercayai pekerja kilang cedera dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dalam insiden kebakaran membabitkan tiga unit kilang di Kawasan Perindustrian SILC dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 11.45 pagi.

"Kita terima satu panggilan kecemasan pada jam 11.45 pagi daripada orang awam yang mengatakan ada berlaku kebakaran di Kawasan Perindustrian SILC.

"Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, salah satu kilang terbabit dipercayai kilang penyimpanan kimia disyaki thinner, bagaimanapun api berjaya kawal walaupun bukan sepenuhnya dan pihak bomba masih berusaha memadam kebakaran.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, seramai 39 anggota digerakkan ke lokasi kejadian membabitkan BBP Larkin, BBP Skudai, BBP Pekan Nenas, BBP Pontian Baru dan BBP Sebana Cove.

"Ketika ini operasi pemadaman masih dilakukan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya.

Untuk rekod, beberapa video insiden kebakaran itu mula tular di media sosial selain turut memaparkan mangsa mengalami kecederaan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak panik selain tidak menghampiri kawasan kejadian bagi menjaga keselamatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!