Luluh hati adik terima berita abang kemalangan

Ibu Muhammad Akmal, ditenangkan suadara mara sebaik tiba di Kampung Parit Baru, Muar pada petang Khamis.
Ibu Muhammad Akmal, ditenangkan suadara mara sebaik tiba di Kampung Parit Baru, Muar pada petang Khamis.
A
A
A

MUAR - Luluh hati seorang adik apabila menerima panggilan daripada ayahnya menyatakan abang antara tiga yang maut dalam kemalangan akibat dirempuh sebuah SUV di Jalan Pantai Sura, Dungun Terengganu, pada malam Rabu.

Muhammad Faiq Syahmi,18, berkata, dia menerima panggilan dari ayahnya Md Tukirin Saringat, 60, memaklumkan abangnya, Muhammad Akmal, 25, sudah tiada.

Katanya, panggilan pada jam 10 malam itu diterima ketika sedang berada di Kolej Matrikulasi Pontian.

Muhammad Faiq tidak dapat menahan sebak kehilangan abangnya.
Muhammad Faiq tidak dapat menahan sebak kehilangan abangnya.

"Ayah beritahu abang dah tak ada, kami terkejut seketika seolah-olah tak percaya apa yang didengari.

"Selepas mendapat tahu, ayah bersama ibu, Rafeah Buang, 51, serta ahli keluarga terus bergegas ke Terengganu.

"Pagi tadi jam 8.30, saya dijemput abang saudara di Pontian untuk pulang ke Muar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Baru Muar, di sini pada petang Khamis.

Muhammad Faiq yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik turut berkongsi mengenai kejadian aneh yang dialami dua minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Muhammad Akmal tiba di Kampung Parit Baru pada kira-kira jam 4.17 petang.
Jenazah Muhammad Akmal tiba di Kampung Parit Baru pada kira-kira jam 4.17 petang.

"Kira-kira dua minggu saya ada bermimpi aneh, gigi tercabut. Tapi saya tak percaya sehinggalah diberitakan pemergian abang.

"Saya tidak mahu melayan mimpi yang dialami dan hanya menganggap ia hanya mainan tidur.

"Semuanya sudah tertulis saya terima dan reda dengan ujian ini," katanya.

Ujar Muhammad Faiq, kali terakhir dia bertemu abangnya dua minggu sebelum pulang ke kampus di Pontian memandangkan cuti semester sudahpun berakhirnya.

"Arwah anak kedua daripada empat beradik, kami semuanya lelaki.

"Arwah abang ceria malah sering bergurau setiap kali berada di rumah. Kehadirannya sering membuatkan suasana bertambah gembira," katanya.

Jenazah Muhammad Akmal disolatkan di Kampung Parit Baru selepas solat Asar pada Khamis.
Jenazah Muhammad Akmal disolatkan di Kampung Parit Baru selepas solat Asar pada Khamis.

Dalam kejadian itu, selain Muhammad Akmal, dua lagi rakannya yang juga pelajar UiTM, Khairil Anwar Jamaludin, 20, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, turut maut.

Kemalangan itu membabitkan dua motosikal jenis Yamaha LC135 serta Yamaha Y15 ditunggangi mangsa dengan sebuah kereta Honda CRV dipandu seorang wanita.

Kereta berkenaan didapati merempuh kedua-dua motosikal yang dalam perjalanan ke universiti dari arah belakang menyebabkan sebuah daripada motosikal berkenaan diseret hampir 60 meter.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala pemandu wanita yang dipercayai mengalami masalah mental dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!