625 mangsa GISBH diselamatkan

Mohd Shuhaily (dua dari kanan) memberi perkembangan terkini berhubung isu GISBH di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Khamis.
Mohd Shuhaily (dua dari kanan) memberi perkembangan terkini berhubung isu GISBH di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seramai 625 orang mangsa membabitkan kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah diselamatkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, jumlah mangsa diselamatkan itu dilakukan dalam fasa keempat Op Global yang dijalankan bermula 11 September.

Beliau berkata, mangsa berusia dalam lingkungan dua bulan hingga 28 tahun.

"Seramai 553 orang mangsa ini ditempatkan di 13 pusat perlindungan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Selain itu, sebanyak 72 orang mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga mereka," katanya dalam sidang media khas Operasi Global di Pusat Latihan Polis (Pulapol), pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, dalam Operasi Global, PDRM bekerjasama erat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta beberapa agensi kerajaan yang lain.

Menurut beliau, pihak JKM serta KKM melalui hasil penelitian dan pemeriksaan yang dilakukan telah melaporkan wujudnya unsur-unsur pengabaian dan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang

diselamatkan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, laporan KKM mengesahkan beberapa dapatan seperti keadaan tumbesaran fizikal kanak-kanak terjejas akibat daripada kekurangan zat makanan.

"Terkesan juga penyakit kulit dan penderaan fizikal seperti ditekap sudu panas di lengan kanak-kanak tertentu," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!