Koronavirus: Topeng muka tiada di Hospital Pontian berita palsu

Hospital Pontian
Hospital Pontian
A
A
A

JOHOR BAHRU- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini menafikan dakwaan kononnya Hospital Pontian tidak mempunyai bekalan penutup hidung dan mulut yang mencukupi seperti yang tular dalam media sosial, hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKNJ, jabatan itu berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak JKNJ telah membuat laporan polis berkaitan kenyataan viral ini. Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana ia akan mengakibatkan situasi panik dalam kalangan masyarakat,” menurut jabatan itu.

JKNJ turut mengingatkan bahawa penyebaran berita palsu sedemikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.

Dalam media sosial, tular mesej yang mendakwa Hospital Pontian tidak mempunyai penutup hidung dan mulut yang mencukupi sehinggakan ada pihak mahu menderma kepada hospital berkenaan.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!