Di mana Henik Winarti
BENTONG - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang wanita warga Indonesia berusia 45 tahun dari Lurah Bilut di sini yang dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan Henik Winarti dilaporkan suaminya sehari selepas wanita itu disedari hilang.
Menurutnya, lokasi terakhir wanita itu dilihat di Lurah Bilut dengan memakai baju berwarna biru dan seluar hitam.
"Berdasarkan maklumat fizikalnya, wanita tersebut memiliki ketinggian kira-kira 155 sentimeter, kulit sawo matang dan bertubuh sederhana," katanya melalui kenyataan pada Khamis.
Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang wanita tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!