Dedahkan masyarakat dengan masalah kesihatan menerusi al-Quran, sunnah

Forum Kesihatan Mental anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan masyarakat berkaitan masalah kesihatan mental menerusi al-Quran dan sunnah.
Forum Kesihatan Mental anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan masyarakat berkaitan masalah kesihatan mental menerusi al-Quran dan sunnah.
A
A
A

SHAH ALAM - Forum Kesihatan Mental menjadi salah satu platform Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mendedahkan masyarakat berkaitan masalah kesihatan mental menerusi al-Quran dan sunnah.

Pengarah Pembangunan Sosialnya, Dr Norraini Nordin berkata, ia merupakan usaha pihak berkenaan untuk membantu orang ramai terutamanya umat Islam untuk memahami, mengenali dan mengatasi masalah kesihatan berkaitan mental.

"Objektif kita adalah memberi kesedaran berkaitan masalah mental dan sebenarnya ia bukan hanya fokus kepada mereka sahaja tetapi untuk diri kita juga. Adakah kita sudah bersedia untuk berada di situasi tersebut kelak?

Norraini.
Norraini.

"Pada hari ini, cabaran terbesar kita adalah untuk memastikan kesihatan mental anak-anak terjaga lebih-lebih lagi dalam dunia siber ini," katanya ketika berucap merasmikan Forum Masalah Kesihatan Mental: Takdir, Ujian atau Dosa? pada Khamis.

Pada masa sama, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat menguruskan serta mengendalikan program berkenaan iaitu Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid) serta Kumpulan Karangkraf.

Hadir sama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Presiden Murshid, Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Suhaila Nik Husin.

Artikel Berkaitan:

Program itu merupakan anjuran bersama MAIS; Murshid; JAIS; Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Soul Fitness.

(Dari kiri) Qari My#QuranTime, Ahmad Tirmizi Ali; Alizi; Amin; Abdullah Bukhari dan Areefah ketika Forum Masalah Kesihatan Mental: Takdir, Ujian atau Dosa? pada Khamis.
(Dari kiri) Qari My#QuranTime, Ahmad Tirmizi Ali; Alizi; Amin; Abdullah Bukhari dan Areefah ketika Forum Masalah Kesihatan Mental: Takdir, Ujian atau Dosa? pada Khamis.

Acara berkenaan dimulakan dengan slot pertama iaitu 'Soul Fitness' #QuranHour diikuti slot kedua dengan sesi perkongsian daripada Konsultan Psikologi Organisasi, Dr Alizi Alias bertajuk Bedah Buku 'Healing The Invisible Wound'.

Selepas sesi rehat, program diteruskan dengan slot ketiga iaitu Forum Masalah Kesihatan Mental: Takdir, Ujian atau Dosa? yang menampilkan tiga panel utama iaitu Ahli Jawatankuasa (AJK) Murshid, Abdullah Bukhari Abdul Rahim; Pengerusi MeCare, Areefah Ahmad dan Alizi.

Acara berkenaan berlangsung selama satu jam bagi membincangkan punca dan solusi kepada masalah kesihatan mental berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!