Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.2910/2940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2800/2830 pada Rabu. Foto hiasan
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.2910/2940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2800/2830 pada Rabu. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mempengaruhi kemajuan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed AS).

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.2910/2940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2800/2830 pada Rabu.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan menunjukkan bahawa Fed cenderung untuk melonggarkan pendirian monetarinya.

"Apa yang menjadi persoalan adalah tahap kelonggaran yang diperbahaskan dalam kalangan ahli jawatankuasa -- sama ada penurunan 25 mata asas atau 50 mata asas.

"Kita tahu bahawa jurang antara Kadar Dasar Semalaman dan Kadar Dana Persekutuan akan terus mengecil pada masa depan, justeru, peningkatan ringgit dijangka terus mengukuh,” katanya.

Pada sesi penutup, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6918/6951 daripada paras penutup 4.6939/6972 pada Rabu, tetapi menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.8820/8842 daripada 2.8792/8815 dam turun berbanding pound Britain kepada 5.6122/6161 daripada 5.6012/6052.

Sementara itu, ringgit mencatatkan prestasi tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 12.7724/7866 daripada 12.8010/8157 pada Rabu dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2811/2836 daripada 3.2822/2848 sebelumnya.

Ringgit juga menokok berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.50 daripada paras penutup 7.50/7.52 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 273.6/274.0 daripada 273.8/274.1. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!