Kod tatalaku lesen media sosial dikeluarkan hujung Oktober ini - Fahmi

Fahmi (kanan) menjadi jemputan podcast #BeKindOnline oleh Suria KLCC sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2024 pada Khamis.
Fahmi (kanan) menjadi jemputan podcast #BeKindOnline oleh Suria KLCC sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2024 pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengeluarkan kod tatalaku pelesenan perkhidmatan media sosial selewat-lewatnya hujung Oktober ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengendali platform media sosial mempunyai dua bulan untuk meneliti dan mendaftar.

“Saya belum mengetahui secara terperinci tetapi mereka (SKMM) dalam proses draf dan dalam tempoh dua minggu dari sekarang, penghujung Oktober mereka akan terbit, jadi saya akan juga dapat lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan podcast #BeKindOnline oleh Suria KLCC sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2024 pada Khamis.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, SKMM menerbitkan dokumen tersebut untuk mendapatkan maklum balas dan melakukan konsultasi awam, di samping meminta platform-platform media sosial memahami isi kandungannya dan mendaftar.

“Kod tatalaku ini ia bukanlah dokumen yang mati atau statik tetapi ia adalah living dokumen.

“Maksudnya dari masa ke masa jika ada feature baharu muncul dalam platform media sosial, maka akan ada perubahan.

“Contoh satu masa ketika dulu kita tiada live streaming yang begitu interaktif seperti yang kita saksikan sekarang, selang beberapa tahun, akan ada teknologi baharu yang akan diguna pakai oleh media sosial maka kod tatalaku tersebut juga harus mengambil kira perubahan-perubahan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, hasrat atau objektif kerajaan melaksanakan pelesenan media sosial adalah untuk memastikan internet yang lebih selamat.

Dengan ini katanya, aktiviti scammer dapat dikurangkan, judi dalam talian dapat dikekang dan kanak-kanak tidak menjadi mangsa jenayah seksual.

“Kita juga berharap kanak-kanak tidak mendaftar akaun media sosial,” katanya.

Ujarnya, platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti tetapi tidak memadai untuk menghentikan kanak-kanak daripada menggunakan akaun media sosial.

Justeru katanya, dengan adanya lesen media sosial, pengendali platform perlu menunjukkan usaha yang dilakukan untuk memastikan kanak-kanak tidak menggunakan media sosial.

Dalam pada itu katanya, pengendali platform media sosial yang didapati ingkar atau melakukan kesalahan akan berdepan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta588).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!