Permaisuri Agong berkenan ke Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita

Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bersama Dr Rania Awaad di sebuah hotel hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bersama Dr Rania Awaad di sebuah hotel hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bersama Dr Rania Awaad di sebuah hotel di sini hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri KPWKM Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Pengarah Institut Sosial Malaysia Dr Faridah Awang.

Raja Zarith Sofiah turut berkenan meluangkan masa mengikuti perkongsian ilmu kesejahteraan mental disampaikan Dr Rania Awaad yang merupakan Profesor Klinikal Psikiatri dan Sains Tingkah Laku Pengamalan Penjagaan Kesihatan Universiti Stanford.

Dr Rania Awaad adalah perintis penubuhan Lembaga Penasihat Komuniti Kesihatan Mental Muslim (BAMMH CAB) yang pertama di Amerika Syarikat.

Majlis anjuran Institut Sosial Malaysia dan KPWKM itu turut dihadiri kira-kira 1,500 tetamu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!