Eco-Shop buka cawangan ke-300 di NU Sentral

Jessica (tiga dari kiri) bersama delegasi syarikat merasmikan pembukaan Eco-Shop ke-300 di NU Sentral sempena ulang tahun syarikat ke-21, pada Khamis.
Jessica (tiga dari kiri) bersama delegasi syarikat merasmikan pembukaan Eco-Shop ke-300 di NU Sentral sempena ulang tahun syarikat ke-21, pada Khamis.
A
A
A

PERUNCIT barangan rumah terkenal, Eco-Shop Malaysia membuka cawangan ke-300 di NU Sentral sempena ulang tahun syarikat ke-21.

Cawangan terbaharu itu mengetengahkan konsep Eco-Plus yang memberikan pengalaman membeli belah lebih baik sambil mengekalkan komitmen terhadap menyediakan barangan mampu milik.

Ketua Pegawai Operasinya, Jessica Ng berkata, Eco-Plus di NU Sentral itu merupakan cawangan ketiga selepas konsep berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di lokasi lain.

“Konsep ini dibangunkan untuk masyarakat di kawasan bandar membuat pembelian barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri dan snek pada harga tetap RM2.40, RM6 dan RM10.

“Cawangan ke-300 membawa makna yang begitu besar kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-Shop sebagai sumber keperluan mampu milik,” katanya ketika majlis pembukaan kedai ke-300 pada Khamis.

Eco-Plus NU Sentral menjadi cawangan ketiga dibuka dan menampilkan lebih 10,000 produk yang dijual.
Eco-Plus NU Sentral menjadi cawangan ketiga dibuka dan menampilkan lebih 10,000 produk yang dijual.

Tambah beliau lagi, pembukaan kedai tersebut juga secara tidak langsung membantu masyarakat dalam mendepani ekonomi yang mencabar.

Menurut Jessica, peningkatan kos sara hidup telah menjejaskan kuasa pembelian keluarga dan individu, namun pihaknya kekal komited untuk meringankan beban dengan menawarkan barangan pada harga mampu milik.

Artikel Berkaitan:

Menarik mengenai Eco-Plus cawangan NU Sentral, Jessica berkata, kedai itu memiliki keluasan lebih 1,300 meter persegi dilengkapi dengan kaunter pembayaran sendiri.

“Dengan kaedah pembayaran sedemikian, ia amat sesuai untuk penduduk bandar yang mengutamakan proses pembelian pantas dan cekap.

“Di sini (Eco-Plus cawangan NU Sentral) menawarkan lebih 10,000 produk. Pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan seperti makanan, kelengkapan cucian, alat tulis, penjagaan haiwan peliharaan dan sebagainya hanya di Eco-Plus,” ujarnya.

Mengulas mengenai perancangan syarikat pada masa hadapan, Jessica memaklumkan bahawa pihaknya memiliki perancangan untuk mengembangkan jenama kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi Eco-Shop untuk menikmati ganjaran dan faedah yang bakal meningkatkan pengalaman membeli-belah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!