Greece aibkan England

Pemain Greece menunjukkan jersi mendiang George Baldock selepas menang 2-1 ke atas England di Wembley pada awal pagi Jumaat. Foto Agensi
Pemain Greece menunjukkan jersi mendiang George Baldock selepas menang 2-1 ke atas England di Wembley pada awal pagi Jumaat. Foto Agensi
A
A
A

GOL pada masa kecederaan oleh Vangelis Pavlidis memberikan kemenangan 2-1 Greece ke atas England dalam aksi Liga Negara-Negara yang dibayangi oleh kematian pemain Greece, George Baldock sehari sebelum perlawanan.

Penyerang Greece, Pavlidis sebelum itu meletakkan pasukannya di hadapan di babak pertama, manakala gol sagu hati tuan rumah dijaringkan bintang Real Madrid, Jude Bellingham di penghujung babak kedua.

Keputusan di Stadium Wembley itu menghantar Greece ke puncak Kumpulan B2.

Vangelis Pavlidis meledak gol kemenangan Greece pada masa kecederaan. Foto Agensi
Vangelis Pavlidis meledak gol kemenangan Greece pada masa kecederaan. Foto Agensi

Kemenangan pertama Greece ke atas England itu berlaku pada malam yang penuh emosi di Wembley, yang dimulakan dengan bertafakur selama seminit sebelum sepak mula untuk Baldock - seorang pemain antarabangsa Greece kelahiran England yang lemas di kolam renangnya di Athens pada Rabu.

"Ia adalah hari yang sangat istimewa bagi kami kerana George. Kami adalah manusia dan ini adalah malam yang istimewa kerana dia.

"Saat yang sukar bagi kami kerana George adalah sebahagian daripada pasukan. Orang yang istimewa. Kami perlu bermain untuknya dan tidak kira keputusan hari ini. Kami memberikan segalanya untuknya," kata Pavlidis kepada ITV.

Greece mendahului pada minit ke-49 apabila Pavlidis memperdayakan pertahanan longgar dalam kotak England, sebelum meledakkan bola melepasi Jordan Pickford.

Artikel Berkaitan:

Pasukan pelawat mempunyai tiga gol yang dibatalkan dalam perlawanan itu — yang terakhir berlaku beberapa minit sebelum Bellingham menjaringkan gol penyamaan m-87 untuk England.

Bagaimanapun, Greece tidak dinafikan kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan Liga Negara-Negara apabila England gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan Pavlidis memanfaatkan sepenuhnya untuk menjaringkan gol kemenangan lewat permainan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!