vivo tawar diskaun hebat promosi Deepavali So Pro!

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena sambutan Deepavali yang penuh warna-warni, vivo Malaysia menawarkan promosi istimewa Deepavali So Pro dengan diskaun sehingga RM200 untuk model terbaru, V40 dan V40 Pro.

Buat peminat vivo, ini adalah peluang terbaik untuk menaik taraf telefon pintar anda dan menikmati ciri-ciri canggih vivo pada musim perayaan ini.

Dari sekarang hingga 3 November 2024, anda boleh menuntut diskaun eksklusif Deepavali So Pro. Dapatkan baucar anda dengan mudah, tangkap layar kod baucar, dan tebus di kedai vivo atau kedai rakan kongsi terdekat!

Diskaun menarik yang ditawarkan:

vivo V40 (12+256GB): RM50 diskaun (Harga asal: RM1,999)

vivo V40 (12+512GB): RM100 diskaun (Harga asal: RM2,399)

vivo V40 Pro (12+512GB): RM200 diskaun (Harga asal: RM3,299)

Ciri-ciri hebat vivo V40 dan V40 Pro

Kamera Malam ZEISS OIS 50MP: Rakam gambar Deepavali yang menakjubkan walaupun dalam cahaya rendah, dengan keupayaan pengambilan cahaya 2.8x lebih baik.

Artikel Berkaitan:

AI 3D Studio Lighting & Aura Light: Cipta pencahayaan potret profesional, di dalam atau luar rumah.

Bateri Tahan Lama: Kapasiti 5500 mAh dalam reka bentuk elegan, menjadikan V40 peranti paling nipis vivo setakat ini.

Promosi ini boleh didapati di kedai runcit vivo di seluruh negara dan secara dalam talian. Namun, tawaran ini tidak sah di kedai telekomunikasi. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati prestasi luar biasa V40 dan V40 Pro!

Layari laman web rasmi https://www.vivo.com/my, facebook https://www.facebook.com/vivoMalaysia dan instagram https://www.instagram.com/vivo_malaysia untuk maklumat lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!