DBKL sita barangan penjaja warga asing di Jalan Thambipillay

Kesemua barangan yang diambil tindakan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras.
Kesemua barangan yang diambil tindakan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua tindakan sita barangan diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjaja warga asing yang berniaga di sekitar Jalan Thambipillay, Brickfields di sini.

DBKL melalui kenyataan berkata, tindakan sita diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 susulan tindakan khas dijalankan Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Bukit Bintang.

Dua tindakan sita barangan diambil DBKL terhadap penjaja warga asing yang berniaga di sekitar Jalan Thambipillay, Brickfields
Dua tindakan sita barangan diambil DBKL terhadap penjaja warga asing yang berniaga di sekitar Jalan Thambipillay, Brickfields

"Walau bagaimanapun, warga asing tersebut berjaya melarikan diri dan pengesyoran pembatalan lesen perniagaan telah dipanjangkan ke Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurut kenyataan di laman Facebook DBKL itu, kesemua barangan yang diambil tindakan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

DBKL turut memaklumkan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan
DBKL turut memaklumkan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan
Artikel Berkaitan:

"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!