Sila log masuk terlebih dahulu.

Wanita didakwa terima lebih RM70,000 pelaburan tidak wujud

11 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Wanita didakwa terima lebih RM70,000 pelaburan tidak wujud

Seorang pengurus tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Jumaat, atas satu pertuduhan menerima deposit lebih RM70,000 daripada seorang wanita tanpa lesen sah, bagi satu pelaburan tidak wujud, antara Januari hingga Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Sum Lai Yoong, 53, didakwa menerima deposit daripada seorang wanita, berjumlah RM70,589.79 tanpa lesen sah, yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/690362/berita/semasa/wanita-didakwa-terima-lebih-rm70000-pelaburan-tidak-wujud

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #pelaburantidakwujud #mahkamah #KualaLumpur