Tiada pampasan, 36 kereta terbakar dalam proses lupus

Kereta yang diletak dalam depoh simpanan kereta DBKL terbakar malam tadi.
Kereta yang diletak dalam depoh simpanan kereta DBKL terbakar malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 buah kereta yang terbakar di depoh simpanan kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught Cheras di sini, malam tadi dalam proses lelongan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya mengarahkan supaya prosedur operasi standard (SOP) dipertingkat bagi mengelak insiden sama berulang.

"Kereta terlibat terletak di bahagian kereta yang dalam proses lupus. Terdapat kira-kira 150 kereta di bahagian itu, namun hanya 36 kereta yang terlibat.

"Tiada sebarang pampasan atau ganti rugi dikeluarkan memandangkan kereta tersebut bebas dari insurans, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya selepas meninjau lokasi kebakaran itu, pagi tadi.

Katanya, kejadian yang berlaku jam 8 malam itu disedari kakitangan DBKL yang berada di lokasi kejadian.

"Kejadian mungkin berpunca dari sisa petrol pada serpihan kereta yang telah dipotong dan menyebabkan kebakaran.

"Namun, siasatan masih diteruskan oleh pihak bomba. DBKL sedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan insiden kebakaran melibatkan depoh simpanan kereta lama DBKL dan pihak bomba mengambil masa hampir dua jam untuk operasi pemadaman.

Artikel Berkaitan:

Insiden merupakan kejadian pertama dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!