TikTok sahkan pemberhentian kakitangan di Malaysia

TikTok Malaysia (TikTok) yang beroperasi di bawah syarikat induknya, ByteDance Ltd mengesahkan laporan pemberhentian kakitangannya di negara ini.
TikTok Malaysia (TikTok) yang beroperasi di bawah syarikat induknya, ByteDance Ltd mengesahkan laporan pemberhentian kakitangannya di negara ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - TikTok Malaysia (TikTok) yang beroperasi di bawah syarikat induknya, ByteDance Ltd mengesahkan laporan pemberhentian kakitangannya di negara ini.

Tanpa menjelaskan jumlah sebenar pekerja yang terjejas, TikTok menerusi kenyataan berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha syarikat itu untuk memperkukuh model operasi global kandungan.

"Kami menjangkakan pelaburan sebanyak AS$2 bilion secara global dalam bidang kepercayaan dan keselamatan pada 2024 dan terus mempertingkatkan keberkesanan usaha ini dengan 80 peratus kandungan melanggar peraturan kini dipadamkan secara automatik," katanya pada Jumaat.

Terdahulu media pada Khamis melaporkan TikTok memberhentikan 500 pekerja di bahagian kandungan selepas memperkukuh model operasi global kandungan.

Jun lalu, ByteDance dilapor memecat 450 pekerja di Indonesia dan membeli platform e-dagang Tokopedia, malah turut menggabungkannya dengan operasi Tiktok.

CNN dalam laporannya memberitahu bahawa syarikat gergasi dari China itu pernah merancang untuk memberhentikan pekerja di seluruh dunia melibatkan staf bahagian pemasaran, khidmat sokongan, komunikasi, pencipta kandungan dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!