Cuti Sabtu, Ahad sekolah di Johor bermula 1 Januari depan

Institusi pendidikan Johor diletakkan dalam Kumpulan B berkuat kuasa 1 Januari depan susulan pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri itu. Gambar hiasan.
Institusi pendidikan Johor diletakkan dalam Kumpulan B berkuat kuasa 1 Januari depan susulan pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri itu. Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Institusi pendidikan Johor diletakkan dalam Kumpulan B berkuat kuasa 1 Januari depan susulan pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri itu.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, Johor akan berada bersama-sama Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor.

"Ia membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026," katanya pada Jumaat.

Isnin lalu, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tengku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim menitahkan cuti hujung minggu negeri itu dikembalikan semula pada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan.

Sebelum itu, Sultan Ibrahim pada 1 Januari 2014 menukar cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!