Bina ketahanan jiwa dengan surah al-Duha

Pencerahan mengenai formula berkaitan penyelesaian terhadap masalah kesihatan mental menerusi surah al-Duha. (Gambar kecil: Siti Hajar.)
Pencerahan mengenai formula berkaitan penyelesaian terhadap masalah kesihatan mental menerusi surah al-Duha. (Gambar kecil: Siti Hajar.)
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang mengalami masalah kesihatan mental perlu menjadikan surah al-Duha sebagai salah satu panduan atau kaedah untuk membina ketahanan jiwa.

Pengurus Projek Soul Fitness #QuranHour, Siti Hajar Hidayati Hamid berkata, surah itu diturunkan sewaktu Nabi Muhammad SAW mengalami keresahan dan kesedihan ketika wahyu tidak turun dalam satu tempoh masa yang lama.

Menurutnya, situasi tersebut menyebabkan Baginda mengalami gejolak emosi seperti resah gelisah hingga mula berfikir negatif dan akhirnya tertekan.

"Psikologi emosi yang terkandung dalam surah berkenaan adalah rasa sunyi, dibenci, ditinggalkan seorang diri, putus harapan dan tiada siapa boleh bantu.

"Maka, ALLAH SWT memujuk Baginda dengan menyatakan Dia tidak akan meninggalkan, membenci, beri jaminan masa hadapan lebih baik dari masa lalu dan akan memberi sehingga Baginda gembira serta reda," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Siti Hajar Hidayati memaklumkan, apabila turunnya surah al-Duha ia umpama memberi sinar atau harapan baru kepada baginda untuk bangkit semula daripada kesedihan.

Jelasnya, tujuan pemilihan surah itu juga diharap mampu membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental sepertimana ia menjadi hiburan bagi Nabi Muhammad SAW suatu ketika dahulu.

"Mereka yang mengalami isu kesihatan mental perlu berusaha secara holistik iaitu melalui psikologi, biologi, sosial dan perlu dilengkapkan dengan pendekatan rohani atau spiritualiti.

Artikel Berkaitan:

"Fahami makna menerusi kaedah tadabbur terhadap surah al-Duha, insya-ALLAH ia akan bantu anda untuk bangkit semula daripada sakit, kesedihan dan tekanan kehidupan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!