Harimau Malaya ikat Auckland FC

Nooa Laine meledak jaringan penyamaan buat Harimau Malaya ketika berdepan Auckland FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Go Media, Auckland, New Zealand pada Jumaat. Foto FAM
Nooa Laine meledak jaringan penyamaan buat Harimau Malaya ketika berdepan Auckland FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Go Media, Auckland, New Zealand pada Jumaat. Foto FAM
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SKUAD bola sepak negara meraih keputusan seri 1-1 menentang kelab New Zealand, Auckland FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 tertutup yang berlangsung di Stadium Go Media, Auckland, New Zealand pada Jumaat.

The Black Knights kendalian Steve Corica terlebih dulu memimpin perlawanan menerusi jaringan pemain pertahanan berusia 29 tahun kelahiran Christchurch, Francis de Vries pada minit ke-25.

Antara aksi menarik perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Black Knights. Foto FAM
Antara aksi menarik perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Black Knights. Foto FAM

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak kekal lama apabila tonggak Selangor FC, Nooa Laine memadamkan kelebihan Auckland yang beraksi dalam saingan Liga Australia (Liga-A) dengan gol minit ke-59 bagi mengikat permainan.

Sebagai rekod, Harimau Malaya kendalian Pau Marti bertandang ke New Zealand untuk aksi persahabatan Tier 1 menentang pasukan dari Oceania berkenaan di Stadium North Harbour, pada 14 Oktober ini.

Safawi Rasid (kanan) bersaing dengan pemain Auckland dalam perlawanan persahabatan tertutup berkenaan. Foto FAM
Safawi Rasid (kanan) bersaing dengan pemain Auckland dalam perlawanan persahabatan tertutup berkenaan. Foto FAM

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente bertandang ke New Zealand untuk aksi persahabatan Tier 1 menentang pasukan dari Oceania berkenaan di Stadium North Harbour, pada 14 Oktober ini.

Sementara itu, Pau Marti mengakui kagum dengan karakter yang ditampilkan pemain-pemain Harimau Malaya dalam perlawanan berkenaan.

“Kami mengharungi perlawanan yang sangat baik menentang Auckland FC. Kelab New Zealand yang sangat kuat, bersaing dalam Liga Australia.

“Mereka mempunyai pemain berkualiti dan bagi kami, ia adalah ujian sangat baik, terutamanya kerana kami akan menentang New Zealand.

“Kami menjangkakan rentak permainan yang sama iaitu sangat fizikal, sangat pantas dan intensiti sangat tinggi. Jadi, saya sangat gembira dengan komitmen pemain kita,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!