Alumni GPMS sokong modul khas untuk anak-anak GISBH

Pengenalan modul khas yang disediakan mengikut kohort pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah mampu membawa anak-anak GISBH kembali ke sesi persekolahan arus perdana. Gambar kecil: Syed Anuar
Pengenalan modul khas yang disediakan mengikut kohort pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah mampu membawa anak-anak GISBH kembali ke sesi persekolahan arus perdana. Gambar kecil: Syed Anuar
A
A
A

SHAH ALAM - Pengenalan modul khas yang disediakan mengikut kohort pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah mampu membawa anak-anak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kembali ke sesi persekolahan arus perdana.

Presiden Alumni GPMS, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, persatuan tersebut menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MoF) dalam melaksanakan program 'Anak Kita' sebagai usaha menangani masalah keciciran pembelajaran mereka.

“Majlis Kerja Tertinggi Alumni GPMS menerusi mesyuarat khas hari ini (Jumaat), sepakat menyokong penuh tindakan segera Menteri Pendidikan berikutan isu keciciran dalam kalangan anak-anak GISBH yang diselamatkan menerusi Op Global baru-baru ini.

“Mereka juga mempunyai hak sama rata untuk mendapat kualiti pendidikan, penjagaan dan perlindungan.

“Justeru, kami menyeru semua ibu bapa serta waris GISBH atau mana-mana ibu bapa yang belum mendaftarkan anak-anak mereka agar segera berbuat demikian di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Syed Anuar, penting bagi memastikan setiap anak mendapat akses pendidikan selaras dengan konsep Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) iaitu ‘Pendidikan Untuk Semua’.

Jelasnya, ia menekankan sekolah adalah tempat bagi semua kanak-kanak tanpa mengira latar, jantina, sosial, ekonomi, kebudayaan, etnik, agama atau taraf kesihatan mereka.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa terharu apabila KPM tegas mengambil kira tindakan segera terhadap 10,160 atau 25 peratus calon yang tidak hadir peperiksaan SPM tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan akan melaksanakan intervensi mengesan calon tercicir dan memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar semula bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia secara ulangan.

“Ini adalah satu penghormatan KPM kepada pelajar yang masih ingin memperbaiki status pendidikan mereka,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!