Dua beradik terbiar, ditinggal ibu selama dua hari di rumah

Dua beradik berusia satu dan enam tahun yang ditinggalkan ibunya di rumahnya tanpa jagaan diselamatkan polis di Taman Kosas, di sini, Isnin lalu.
Dua beradik berusia satu dan enam tahun yang ditinggalkan ibunya di rumahnya tanpa jagaan diselamatkan polis di Taman Kosas, di sini, Isnin lalu.
A
A
A

AMPANG - Dua beradik berusia satu dan enam tahun yang ditinggalkan ibunya di rumahnya tanpa jagaan diselamatkan polis di Taman Kosas, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, aduan diterima pihaknya daripada orang awam.

Katanya, kedua-dua mangsa lelaki kemudian dibawa ke Hospital Ampang.

"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan parut lama dan baru di seluruh badan dan sehingga sekarang masih dirawat di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, ibu kanak-kanak berusia 41 tahun telah ditahan di sekitar Pudu, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menurutnya, mangsa telah ditinggalkan selama dua hari.

"Suspek yang bekerja sebagai tukang urut dan mempunyai satu rekod jenayah bersabit kes curi kini telah direman tujuh hari sehingga 16 Oktober untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)/ 33 Akta Kanak-kanak 2001," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!