Operation Undead pertaruh kisah zombi

Filem Operation Undead bakal menemui penonton di Malaysia bermula 24 Oktober depan.
Filem Operation Undead bakal menemui penonton di Malaysia bermula 24 Oktober depan.
A
A
A

KEBANYAKAN filem seram Thailand sering menjadi pilihan peminat genre itu, namun bagi memberi kelainan kepada penonton, Mockingbird Pictures bersama TGV selaku pengedar di Malaysia membawakan filem Operation Undead.

Filem arahan Kongkiat Komesiri itu bukan sekadar sebuah kisah seram tetapi mengetengahkan kisah zombi, berlatarbelakangkan suasana peperangan yang dramatik.

Menurut Kongkiat Komesiri, dia mempunyai visi tersendiri semasa menghasilkan Operation Undead.

“Saya ingin mencipta filem zombie yang bukan sekadar tentang seram tetapi juga tentang pengalaman manusia.

"Filem ini adalah tentang kelangsungan hidup, cinta, dan kos perang. Saya percaya penonton akan terpesona oleh aksi yang mendebarkan, suasana yang menakutkan dan persembahan berkuasa dari pelakon.

"Ia bukan sekadar filem zombi; ia adalah pengalaman sinematik yang menggabungkan aksi, seram dan drama dengan cara yang akan menarik perhatian penonton. Ini adalah filem yang perlu ditonton di pawagam," katanya dalam satu temubual.

Antara babak mendebarkan dalam Operation Undead.
Antara babak mendebarkan dalam Operation Undead.

Artikel Berkaitan:

Bakal menemui penonton di Malaysia bermula 24 Oktober depan, naskhah ini menyaksikan dua pelakon paling disukai di Thailand, Nonkul (Bad Genius, Love Destiny: The Movie) dan Awat Ratanapintha (Girl from Nowhere, Haunted Universities 3).

Menariknya, walaupun mereka sudah mengenali antara satu sama lain lebih sepuluh tahun, tetapi Operation Undead menjadi filem pertama mereka di layar perak.

Malah lakonan mereka sebagai adik-beradik memberikan kedalaman emosi meningkatkan elemen seram yang mendalam dalam filem ini.

Berlatarbelakangkan tahun 1941, Operation Undead menceritakan Mok (Awat Ratanapintha) dan rakan-rakan tentera yang berhadapan dengan tentera penyerang dan senjata biologi mengerikan yang mencetuskan wabak zombi menakutkan.

Abang Mok, Mek (Nonkul), terpaksa berdepan dengan dilema antara tugas dan keselamatan adiknya semasa mereka mengharungi situasi mimpi ngeri ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!