Perbincangan tarif air dengan negeri masih berlangsung

Dr Xavier ketika sesi temu bual eksklusif bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di ibu kota hari ini.
- Foto: Bernama
Dr Xavier ketika sesi temu bual eksklusif bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di ibu kota hari ini.
- Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli masih mengadakan perbincangan dengan negeri-negeri bagi melaksanakan kajian semula tarif air di Malaysia.

Menterinya, Datuk Dr A Xavier Jayakumar berkata, perbincangan berhubung perkara itu telah berlangsung sejak 15 hingga 20 tahun lepas, namun tiada keputusan muktamad.

“Kajian semula tarif air bukan sesuatu yang baharu,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau menjadi tetamu Concorde Club yang membincangkan mengenai perlindungan sumber semula jadi dan hidupan liar di Malaysia.

Xavier berkata, terdapat negeri mempunyai masalah dari segi bekalan air perindustrian dan tanpa campur tangan kerajaan Persekutuan, kawasan terlibat masih mengalami masalah tekanan air.

Sementara itu, Xavier yang menganggap air sebagai isu hak asasi manusia, berkata penyertaan sektor swasta diperlukan untuk pembangunan industri air negara.

Oleh itu, katanya, pindaan kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia) akan menyelaras prosedur dan peraturan dalam pelaksanaannya.

Untuk rekod, cadangan pelaksanaan mekanisme itu melibatkan kenaikan sebanyak 6 sen hingga 71 sen bagi setiap 1,000 liter, cukup rendah berbanding bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.

Artikel Berkaitan:

Purata kadar tarif air semasa adalah RM1.38 setiap 1,000 liter berbanding kos sebenar RM2.31 bagi setiap 1,000 liter. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!