Pemilik suara Doraemon, Nobuyo Oyama meninggal dunia pada usia 90 tahun
NOBUYO Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular 'Doraemon' meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.
Berasal dari Tokyo, Oyama memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza. Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.
Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.
Selain berjuang melawan kanser kolorektal dan pernah mengalami strok, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -‘Terima kasih ALLAH kerana jadi satu-satunya harapan saya’ – Khaby Lame
22 Disember 2024 06:02pmKekurangan dana tampung kos penganjuran, One Love Music Festival dibatalkan
21 Disember 2024 09:51amMampukah Musafa: The Lion King ulangi kejayaan 30 tahun lalu?
21 Disember 2024 07:20amTiket 'sold out', genKRU tawar konsert hari kedua
20 Disember 2024 05:09pmReversi sentuhan berbeza Adrian Teh
20 Disember 2024 12:53pmPas pertikai tindakan PM mahu adakan PRU lebih awal
22 Disember 2024 01:14pmDitipu 'pegawai kerajaan' RM13,000, pemilik restoran sedekah makanan ditempah
22 Disember 2024 05:34pmPemfitnah UMNO perlu mohon maaf
22 Disember 2024 02:14pmPelajar Tingkatan Enam terima BAP mulai Februari 2025
22 Disember 2024 01:03pmTuduhan berat kaitkan pelantikan Tun Musa Aman dengan rasuah
22 Disember 2024 02:57pm