InTeLeX 2024: Irmohizam raih empat emas, anugerah terbaik

Irmohizam menggunakan model pengurusan WTCKL dalam penjenamaan dan pasca Covid-19 sebagai rujukan pembentangan di InTeLeX 2024.
Irmohizam menggunakan model pengurusan WTCKL dalam penjenamaan dan pasca Covid-19 sebagai rujukan pembentangan di InTeLeX 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim meraih empat pingat emas dalam Ekspo Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (InTeLeX 2024) yang berlangsung pada Khamis.

WTCKL dalam kenyataan memaklumkan, penyertaan Irmohizam dalam ekspo berkenaan sebagai pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu bagi menggalakkan lebih ramai tokoh korporat menceburi bidang akademik.

Dalam masa sama, beliau turut menerima anugerah terbaik bagi kategori 'Pitching in Learning Research'.

"Ini merupakan antara usaha beliau untuk memperjuangkan semangat pembelajaran sepanjang hayat dengan penglibatan industri di peringkat universiti.

"Ahli akademik dan pelajar juga turut berkongsi kepakaran mereka secara kompetitif dalam pengajaran dan pembelajaran (TnL) menerusi pelbagai bidang," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Irmohozam menerima anugerah terbaik kategori 'Pitching in Learning Research' serta meraih empat pingat emas pada InTeLeX 2024.
Irmohozam menerima anugerah terbaik kategori 'Pitching in Learning Research' serta meraih empat pingat emas pada InTeLeX 2024.

Terdahulu ekspo yang dianjurkan UPNM dirasmikan Naib Canselornya, Datuk Mardzuki Muhammad.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Irmohizam berkata, penyertaan kali pertamanya itu merupakan pengalaman berharga sepanjang perjalanan pengajian PhD ketiga di universiti berkenaan.

Malah beliau menjelaskan, penglibatannya itu bagi memberi motivasi serta inspirasi kepada orang lain untuk mengejar minat masing-masing.

"Kemenangan empat pingat emas dan anugerah terbaik ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan dorongan daripada penyelia saya, Profesor Datuk Dr Norhasni Zainal Abidin.

"Model pengurusan di WTCKL terutama dalam penjenamaan dan pasca Covid-19 digunakan sebagai rujukan dalam pembentangan, sekali gus telah memberi idea kepada pemain industri acara perniagaan untuk dijadikan contoh dalam memacu sektor berkaitan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!