Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan

Datuk Seri Hajiji Noor
Datuk Seri Hajiji Noor
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan.

Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam persidangan Parlimen akan datang.

Hajiji dan Ahli Parlimen Sabah diberi taklimat mengenai perkara itu oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri Mimmi Suriati Mat Khalid di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini.

Ahli Parlimen yang hadir termasuk Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau) merangkap Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan) yang juga Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Armizan Ali (Papar) yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Datuk Jonathan Yassin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Matbali Musa (Sipitang), Datuk Lo Su Fui (Tawau) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!