763 lokasi panas berisiko banjir di Pahang

Che Adam (kiri) sedang melihat aset yang akan digunakan sekiranya berlaku banjir di negeri.
Che Adam (kiri) sedang melihat aset yang akan digunakan sekiranya berlaku banjir di negeri.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 763 kawasan panas berisiko banjir dikenal pasti pada fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka November ini sehingga Mac tahun depan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA), Che Adam A Rahman berkata, data itu diperoleh daripada ​Jabatan Pengairan dan Saliran ​(JPS) Pahang.

Che Adam bertemu dengan anggota APM yang sudah bersedia menghadapi MTL di Ibu Pejabat APM di Jalan Beserah, di sini pada Jumaat.
Che Adam bertemu dengan anggota APM yang sudah bersedia menghadapi MTL di Ibu Pejabat APM di Jalan Beserah, di sini pada Jumaat.

"Kawasan ini melibatkan kawasan di pinggir Sungai Pahang sepanjang 459 kilometer yang merentasi daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan.

"Temerloh menunjukkan kawasan tertinggi iaitu 185, diikuti Jerantut (106) Pekan dan Lipis masing-masing 89 serta 88 kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar persediaan APM Pahang menghadapi MTL di Ibu Pejabat APM di Jalan Beserah di sini, pada Jumaat.

Che Adam memaklumkan, pihaknya akan melakukan pemantauan secara berkala di kawasan itu berdasarkan ramalan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

"Sebagai contoh, kita mendapat maklumat awal berlaku hujan lebat di lokasi panas di Raub, pasukan pemantau wajib ke lokasi untuk melihat keadaan.

Artikel Berkaitan:

"Di samping itu, JPS juga menyediakan sistem amaran banjir di kawasan sungai dan difahamkan sistem pengujian siren tu berfungsi dengan baik di kawasan tersebut," ujarnya.

Beliau memberitahu ​seramai 6​60 anggota APM Pahang ​dengan ​56 aset ​darat dan 73 aset di air sudah bersedia menghadapi MTL.

Katanya, lima bot pancung sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)​ akan diagihkan di Kuala Tembeling, Kampung Pagi, Kampung Bantal​, Kuala Sat da​n Kuala Tahan di Jerantut.

Dalam pada itu, Che Adam menasihat orang ramai supaya tidak menyebar semula gambar dan video lama kejadian banjir atau jalan terputus sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk dan komuniti.

"Orang ramai diminta mendapatkan maklumat sahih daripada sumber yang boleh dipercayai termasuk media arus perdana.

"Ramalan sahih hanya diinterpretasi daripada MetMalaysia dan jabatan ini akan mengeluarkan amaran kuning, merah di mana berlakunya jangkaan hujan lebat dan sebagainya," ujarnya.

Sebanyak 858 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan dengan kapasiti seramai 166, 95 penduduk terjejas banjir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!