Perbicaraan tiga kes jenayah P Diddy pada 5 Mei 2025

Diddy akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan. Foto Agensi
Diddy akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan. Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Penerbit muzik berpengaruh Amerika Syarikat (AS), Sean John Combs atau lebih dikenali sebagai P Diddy bakal berdepan tiga pertuduhan jenayah termasuk pemerdagangan seks dan terlibat aktiviti pelacuran lebih sedekad lalu.

Hakim Arun Subramanian menetapkan 5 Mei 2025 untuk tarikh perbicaraan ke atas mogul muzik tersebut ketika dia tampil buat kali ketiga di mahkamah pada Khamis.

Sementara itu, Pendakwa Raya, Emily Johnson memberitahu prosiding itu dijangka mengambil masa kira-kira tiga minggu.

Difahamkan, kes itu adalah berasingan daripada 120 tuntutan undang-undang sivil yang bakal dikemukakan kepada pengasas syarikat Bad Boy Entertainment tersebut seperti diumumkan pada awal bulan lalu.

Diddy akan kekal meringkuk di penjara sehingga hari perbicaraannya selepas permohonan ikat jamin ditolak sebanyak dua kali.

Pada awal minggu lalu, pasukan undang-undang penyanyi rap itu sekali lagi mengemukakan rayuan, namun pendakwa raya berpendapat pembebasan dikhuatiri mengancam saksi kes.

Diddy turut menawarkan langkah pengawasan melalui alat pemantau GPS tetapi tidak diterima pendakwa raya dan dia akan kekal ditempatkan di Pusat Tahanan Metropolitan Brooklyn. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!